Soalan Yang Selalu Di Tanya Tentang Edible Image



Q : Apakah Edible Image itu ? Bolehkah ia dimakan ?Halalkah dimakan
A : Edible Image adalah image yang dicetak diatas icing sheet (kertas gula). Dicetak dengan printer khas dan mengunakan dakwat khas yang diperbuat dari pewarna makanan .
Kedua dua kertas dan dakwat ini halal dimakan serta mempunyai cop halal yang diperakui oleh Jakim.

Q: Bagaimana cara untuk memesan kek bergambar ini?
A : Kirimkan image/foto yg akan dicetak ke email ke kakinasweet@gmail.com, sertakan ucapan yang diingini (cth-Happy Birthday,Selamat Bertunang, dll)

Q : Foto seperti apa yang boleh dicetak menjadi edible image ?
A : Semua jenis foto boleh dicetak menjadi edible image. Kualiti terbaik adalah dari foto dengan digital camera. Foto dari handfone, atau dari muaturun dari facebook biasanya menghasilkan hasil yang kurang berkualiti.

Q : File berformat apa yang boleh dikirim melalui email?
A : File berformat .jpg , jpeg, png . Tidak digalakkan untuk mengirimkan gambar dalam format Power Point maupun MS Word.

Q : Berapa hari diperlukan sebelum untuk memesan kek kami?
A : 3 hari sebelum tarikh kek diperlukan oleh pelanggan(bergantung kepada keadaan tertentu). Kakina Sweet Bakery mecetak sediri image dan tidak memesan dari pihak lain yang memerlukan masa yang lebih lama ( 1 minggu). Jadi, pesanan adalah lebih cepat jika order dari Kakina Sweet Bakery.







Kek Perkahwinan - Oder dari Zac Tanjung Tokong.


Malam td tgh duk tgk idola kecil dgn ank2 tetiba bunyi tipon.Zac tipon nak tempah kek utk kawan dia rupanya.Zac kata kawan dia nak kawin tapi lupa nak oder kek.akak tanye bila..Zac kata kawan dia kenduri esok.huhuhu Zac tipon nak dekat kul 10mlm dan dia kata dia nak kek esok sebelum pukul 2..erm sb Zac pernah oder dari akak jd akak xnak ler hampakan dia..lagi pun rezeki xleh ditolak.hehehe Kawan Zac cuma bg tau nak tema putih n ungu yg lain2 serah kat akak jer.sebelum Zac letak tipon sempat lagi Zac kata " akak,wat cantik2 tau..." cabaran dari Zac nih.hehehe Jadi ni ler hasilnya..




kek coklat moist + buttercream
10" x 12"
2kg


Selamat pengantin Baru buat Amar dan Aya..semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat.
tq yer Zac sb masih ingat kat akak..senang sungguh berurusan dgn Zac.tq skali lagi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails